Tuesday, October 12, 2010

Jenis-jenis Penilaian



-Guru menetapkan matlamat dan objektif penilaian
-Penilaian menentukan keberkesanan pengajaran guru
  1. Penilaian formatif -memberi maklumat tentang kemajuan sesuatu proses pengajaran. Menilai semula dan memperbaiki pengajaran guru. Dijalankan sepanjang pengajaran. Secara tidak rasmi, memerhatikan cara murid menjawab soalan.
  2. Penilaian sumatif -mengukur murid selepas tamat sesuatu program. Menentukan tahap pencapaian murid, markah dan gred daripada tugasan murid.
  3. Penilaian penempatan/kesediaan -menguji bolehan murid sebelum mengikuti sesuatu pelajaran. Menempatkan murid mengikut keupayaan/pencapaian mereka.
  4. Penilaian rujukan kriteria -ujian berdasarkan objektif dan kandungan kursus dan peringkat pencapaian yang diharapkan kebanyakan murid harus mencapainya. Membuat perbandingan pencapaian murid dengan standard yang ditetapkan. Tidak membanding dengan murid lain dalam keputusan dan kedudukan murid.
  5. Penilaian rujukan norma -memasukkan soalan yang senang dan sukar. Membandingkan keputusan murid dengan murid lain.
Tujuan penilaian :
  • Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid -menentukan tahap pemahaman murid. Mengenal pasti kelemahan murid dan mengambil langkah mengatasi.
  • Meningkatkan keberkesanan program -melaksanakan penilaian formatif dan penilaian sumatif. Hasil penilaian memperbaiki program.
  • Mengukur keberkesanan pengajaran -penilaian membantu guru menilai keberkesanan pengajaran.
  • Memperoleh data untuk tindakan -hasil penilaian untuk memberi biasiswa, menempatkan murid.
  • Maklumbalas untuk pelajar dan ibu bapa tentang pencapaian murid -tahap pencapaian murid diberi gred A, B, C atau D.
  • Memberi motivasi kepada murid -keputusan murid menggalakkan murid berusaha mencapai keputusan yang lebih baik.
Bentuk ujian bertulis :
  1. Soalan objektif
  2. Soalan subjektif
Soalan Objektif :
-murid memililih dua atau lebih jawapan yang betul.
-tiga jenis ujian objektif, iaitu :
  1. Aneka pilihan
  2. Soalan betul/salah
  3. Soalan padanan
-Soalan aneka pilihan : pokok soalan dan pilihan jawapan. Jawapan yang betul dan jawapan yang salah.
-Soalan betul/salah : murid menentukan sama ada pernyataan betul atau salah.
-Pemadanan : menguji keupayaan murid memadankan item. Item yang banyak mengelirukan murid.

Soalan subjektif :
-Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu -
  1. soalan jawapan ringkas - menggunakan satu/beberapa patah perkataan, menggunakan ayat ringkas.
  2. soalan esei - menilai tahap kognitif murid. Kebolehan murid menjelaskan sesuatu idea.
-Kelebihan soalan esei :
  • mudah dibina.
  • menilai tahap kognitif yang tinggi.
  • mengetahui pemahaman murid.
  • murid menulis pendapat mereka.
-Kelemahan soalan esei :
  • jawapan yang menyeleweng.
  • waktu menulis esei berbeza.
  • pemeriksaan kurang tepat.
  • tidak mengukur pengetahuan berbentuk fakta secara tepat.
  • pemeriksa tidak gemar membaca tulisan buruk.
-Soalan penyelesaian masalah :
  • mudah membina, sukar diperiksa.
  • menilai tahap kognitif tinggi.
  • sukar memeriksa dan memberi markah.
  • terdapat lebih daripada satu jawapan.

Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran

Konsep Penilaian :
  • Guru menilai kemajuan murid-murid
  • Guru menilai bahan dan kaedah pengajaran
  • Tujuan penilaian membolehkan guru mengambil tindakan dan memperbaiki pencapaian murid-murid dalam sesuatu matapelajaran
  • Penilaian dijalankan untuk mengetahui sama ada objektif pengajaran tercapai atau sebaliknya
  • Penilaian menentukan sama ada kaedah yang digunakan berkesan dan dapat mencapai objektif pengajaran
  • Penilaian mentafsir sejauhmanakah pengajaran guru membawa kesan terhadap pembelajaran murid
  • Penilaian melibatkan aktiviti pengujian dan pengukuran iaitu :
  1. Penyediaan objektif pengajaran dan pembelajaran
  2. Pengajaran dan pembelajaran
  3. Penilaian (pengujian dan pengukuran)
Definisi pengujian dan pengukuran
  • Pengujian merupakan prosedur mengukur pencapaian murid dlam bentuk markah atau gred
  • Perkara yang perlu dikenal pasti dalam ujian adalah seperti berikut :
  1. Mengetahui apa yang hendak diukur
  2. Mengetahui bagaimana mengukur
  3. Merancang ujian
  4. Membina alat ujian yang bersesuaian
  5. Menilai keberkesanan alat yang diugunakan
Definisi pengukuran
-Pengukuran merupakan satu proses mengumpul maklumat
-Hasil pengukuran melihatkan ciri atau kualiti yang perlu ada pada seseorang murid yang dinilai
-Murid diberikan markah
-Perkaitan pengujian, pengukuhan, penilaian dan tindakan selanjutnya

Prinsip-prinsip penilaian dan pengujian
  • Cole (1994) mengemukakan beberapa prinsip penilaian dan pengukuran
  1. Menjalankan praujian -mengenal pasti pengetahuan murid dan merancang pelajaran.
  2. Ujian berkala -ujian formatif untuk mengesan kelemahan murid diperingkat awal pelajaran.
  3. Ujian formatif dan summatif -ujian formatif dijalankan sepanjang tahun, ujian summatif dijalankan pada akhir tahun.
  4. Mempelbagaikan cara menilai -ujian bertulis, tugasan, praktikal. Menilai daripada pelbagai aspek.
  5. Menguji pelbagai tahap pembelajaran -Menguji tahap pengetahuan, pemahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan menilai. Mengukur kebolahan murid. Membezakan murid cemerlang, sederhana dan galus.
  6. Membina bahan ujian untuk tujuan pemulihan -Hasil keputusan ujian membolehkan guru mengenal pasti kelemahan murid.
  7. Membina bahan ujian yang mempunyai kebolehpercayaandan keesahan -Sesuatu ujian perlu mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi. Ujian yang mempunyai keesahan mengukur apa yang sepatutnya diukur.
  8. Urutan bahan ujian daripada mudah kepada susah -Item soalan mudah kepada soalan yang lebih sukar. Menggalakkan murid lemah cuba menjawab soalan.
  9. Menyimpan fail untuk merekod keputusan ujian untuk disimpan sebagai rujukan -Data keputusan ujian membolehkan guru mengenal pasti kelemahan murid. Rekod keputusan ujian memberi amaklumat kepada ibu bapa dan puhak sekolah tentang kemajuan seseorang murid.
  10. Maklumat penilaian membantu guru merancang pengajaran -Hasil ujian formatif yang dilaksanakan sepanjang tahun membolehkan guru memantau kemajuan murid. Hasil ujian summatif pada akhir program menentukan kejayaan program.

Monday, October 11, 2010

KAEDAH PENGAJARAN


-Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kaedah adalah merujuk kepada cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa).
-Manakala pengajaran pula adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya).

-Bagi Abd Ghafar Md Din di dalam bukunya bertajuk Prinsip dan Amalan Pengajaran pula, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah pula beliau merujuk kepada peringkat dimana suatu teknik pengajaran dipraktikkan. Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah iaitu teknik dan pendekatan.

-Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik.
Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992).
Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

-Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.

-Sharifah Alwiah Alsagoff
(1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.

-Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.

-Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.
Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

  • MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.
Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony, 1963). Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip dan teori pembelajaran.
Kaedah mengajar adalah menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan teknik yang sesuai. Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan sesebuah cerita.

-Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru.

-Oleh itu teknik pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada :
  • umur,
  • kecerdasan,
  • kebolehan
  • minat murid.
Misalnya menurut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai kaedah. Contoh dalam pendekatan induktif (iaitu pengajaran yang bermula daripada yang spesifik kepada yang umum), pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah projek, kaedah inkuiri, kaedah sokratik, dan kaedah penyelesaian masalah.
  • Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  1. Objektif Pengajaran – Pembelajaran
  2. Tujuan menyediakan objektif P&P
  3. Domain Objektif P&P
  4. Cara menulis objektif P&P

Objektif Pengajaran – Pembelajaran

MENYATAKAN DENGAN JELAS SESUATU YANG HENDAK DICAPAI SETELAH TAMAT SESI PENGAJARAN

Tujuan menyediakan objektif P&P

Menentukan arah dan tujuan pengajaran

Memberi panduan memilih isi

Memberi panduan bagi menentukan teknik dan kaedah pengajaran

Membantu guru mengenalpasti bahan atau alat bantu mengajar

Memberi panduan untuk membina ujian

Membnatu penyelia menilai pengajaran guru

Domain Objektif P&P

Koginitif

Afektif

Psikomotor

  1. Domain Kognitif

Pengetahuan – mengingat, menama, mengulang

Pemahaman- menghuraikan, memilih, melapor, menceritakan

Penggunaan – mengendalikan, menunjukcara, menterjemah, menyelesaikan masalah

Analisa – menguji, membeza, membanding, mengkritik

Sintesis – mengurus, mencadang, merekabentuk, mencipta, mengubah

Penilaian- mentaksir, menganggar

2. Domain Afektif

Menerima – sikap terbuka

Membalas – bertindakbalas

Menghargai – lebih matang

Mengurus - bertanggungjawab

Membentuk perwatakan – sistem nilai yang mampu mengawal diri dan perlakuan

3. Domain Psikomotor

Pergerakan spontan - tanpa dirancang

Pergerakan asas – berjalan, berlari

Keupayaan pengamatan – gabungan kognitif dan fizikal cth: menjahit, bertukang

Keupayaan fizikal – bergantung individu cth kepantasan berlari

Pergerakan kemahiran- pergerakan dalam sukan

Pergerakan kreatif – gerakan tersusun, bermakna contoh senitari

Cara menulis objektif P&P

Perlakuan pelajar – apa yang ditunjukkan, dihasilkan

Perlakuan yang jelas – mudah diukur cth: membaca, mengeja, mengira

Situasi pembelajaran- keadaan yang disediakan guru bagi bantu pembelajaran

Kriteria pencapaian- mengukur, menilai pelakuan pelajar

Pencapaian minimum – pelajar ketahui keupayaan

Objektif yang munasabah- sesuai

Panduan Menulis Objektif

Relevan dgn kurikulum

Pelajar

Domain

Jelas

Berdasarkan apa yang pelajar patut tahu

Contoh

Setelah melihat peta negara Arab Saudi, pelajar-pelajar dijangkakan dapat menyebut dan menulis di papan tulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 bandar utama di negara itu.

Saturday, October 9, 2010

LEARNING THEORIES AND THE PRACTICE OF INSTRUCTIONAL DESIGN


What is the difference between the learning theories in terms of the practice of instructional design?
  • approach more easily achieved than another? To address this, one may consider that cognitive theory is the dominant theory in instructional design and many of the instructional strategies advocated and utilized by behaviorists are also used by cognitivists, but for different reasons. For example, behaviorists assess learners to determine a starting point for instruction, while cognitivists look at the learner to determine their predisposition to learning (Ertmer & Newby, 1993). With this in mind, the practice of instructional design can be viewed from a behaviorist/cognitivist approach as opposed to a constructivist approach.
  • When designing from a behaviorist/cognitivist stance, the designer analyzes the situation and sets a goal.
  • Individual tasks are broken down and learning objectives are developed. Evaluation consists of determining whether the criteria for the objectives has been met. In this approach the designer decides what is important for the learner to know and attempts to transfer that knowledge to the learner. The learning package is somewhat of a closed system, since although it may allow for some branching and remediation, the learner is still confined to the designer's "world".
  • To design from a constructivist approach requires that the designer produces a product that is much more facilitative in nature than prescriptive. The content is not prespecified, direction is determined by the learner and assessment is much more subjective because it does not depend on specific quantitative criteria, but rather the process and self-evaluation of the learner. The standard pencil-and-paper tests of mastery learning are not used in constructive design; instead, evaluation is based on notes, early drafts, final products and journals.

Tuesday, September 28, 2010

PERSPEKTIF BEHAVIORISME & PEMBELAJARAN

IVAN PAVLOV -Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)
merupakan seorang ahli fisiologi Rusia.
Beliau telah menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme.Kajiannya adalah mengenai 'hukum perkaitan' Law of Association yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle.

Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik

Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).Beliau telah menjalankan kajian ke atas anjing.Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan,air liur haiwan itu keluar.Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak.Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Sebelum Pelaziman

RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)

Semasa Pelaziman

RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

Selepas Pelaziman

RT (loceng) >>>>> GT (keluar air liur)

Kunci:
RTT = Rangsangan tak terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gwrak balas tak terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak balas tak terlazim (Conditioned Response)

Kesimpulan daripada kajian Pavlov :

1) Penguasaan
(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.

2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

3) Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Keadaan ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.



Sunday, September 26, 2010

PIAGET THEORY


Piaget (1896-1980)
-born in 1896 in Neuchatel in Switzaerland.
-a Professor of medieval literature at the University of Neuchatel.
-developd interest in biology and the natural world.
-1929-1968,Jean Piaget accepted the post of Director of the International Bureau of Education
-was a biologist who studied molluses but moved into the study of the development of children's understanding,through observing them and talking and listening to them while they worked on exercises he set.
-died in 1980.

Piaget Theory identifies 4 development stages & the processes by which children progress through them :
  1. Sensorimotor stage
  2. Preoperational stage
  3. Concrete operations
  4. Formal operation
  • SENSORYMOTOR STAGE (birth 2 years old)
-the child,through physical interaction with his or her environment,builds a set of concept about reality and how it works
-a child does not know that physical objects remain in existence even when out of sight

  • PREOPERATIONAL STAGE (ages 2-7)
-the child is not yet able to conceptualize abstracly and need concrete physical situations

  • CONCRETE OPERATIONS (ages 7-11)
-as physical experience accumulates, the child starts to conceptualize, creating logical structures that explain his/her physical experiences
-abstract problemsolving is possible at this stage
-example : arithmetic equations can be solved with numbers

  • FORMAL OPERATIONS (beginning at age 11-15)
-the child's cognitive structures are like those of an adult and include conceptual reasoning

Saturday, September 25, 2010

TEORI SKINNER















TEORI PELAZIMAN OPERAND (Burrhus F. Skinner, 1904-1990)

-operan bermaksud bertindak ke atas
-Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan gerak balas kerana organisme itu mengoperat ke atas persekitarannya
-organisme mempunyai pilihan bertindak/tidak kerana bergerak balas menentukan rangsangan (makanan) diberikan.
Prinsip-prinsip Pelaziman Operan (2 konsep utma)
1. Peneguhan
  • peneguhan positif
  • peneguhan negatif
2. Denda

Peneguhan positif
  • Peneguhan Positif
Rangsangan yang menambah kebarangkalian tingkah laku itu akan berlaku

-Generalisasi
Peneguhan hampir sama dengan peneguhan asal boleh menghasilkan gerak balas yang sama

-Diskriminasi
Organisme bergerak balas terhadap sesuatu peneguhan tetapi tidak pada peneguhan lain

-Penghapusan
Gerak balas berperingkat terhapus apabila peneguhan/ganjaran tidak diberikan

-Pembentukan tingkah laku
Skinner (1951)-berasaskan pelaziman operan,memperkembangkan teknik pembentukan bagi melatih haiwan menguasai tingkah laku

-Contoh
Reaksi pendengar mempengaruhi penceramah.Pelajar-pelajar mengangguk kepala menyebabkan penceramah bergerak lebih cepat dalam kelas

  • Peneguhan Negatif
-rangsangan yang menyakiti mewujudkan tidak selesa menambahkan kebarangkalian tingkah laku akan berlaku

  • Denda
-rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian gerak balas/tingkahlaku terhasil kurang/dihapuskan

Friday, September 24, 2010

BAB 2 : SISTEM KOMPUTER


  • Evolusi Era Komputer
  • Komputer?
  • Jenis-jenis Komputer
  • Komponen Sistem Komputer
  • Kaedah Pemprosesan
  • Sistem Maklumat
Di mana anda boleh temui komputer?
  • Tempat kerja.
  • Sekolah.
  • Rumah.
  • Tempat permainan.
  • Pusat membali belah.
  • Bengkel kereta.
  • Dalam kenderaan.

APA ITU KOMPUTER?
  1. Mesin elektronik yang beroperasi di bawah arahan yang tersimpan dalam ingatannya.
  2. Menerima data.
  3. Manipulasi data mengikut peraturan tertentu.
  4. Mengeluarkan keputusan.
  5. Menyimpan maklumat (keputusan) untuk kegunaan masa hadapan.

Siapa pengguna komputer?
  • Seseorang yang berkomonikasi dengan komputer.
  • Seseorang yang menggunakan maklumat yang telah diolah oleh komputer.
Kitaran Pemprosesan Maklumat Komputer:
Proses-Output-Storan-Komunikasi-Input

EVOLUSI ERA KOMPUTER

-generasi pertama :
  • Guna tiub hampa gas untuk perlitaran,storan data dan suruhan.
  • Besar,masalah hampa gas yang tinggi tidak boleh dipercayai sepenuhnya-pengendalian terganggu dan tidak cekap.
  • Pengaturcaraan dalam bahasa mesin.
-generasi ke-2 :
  • Transistor boleh dianggap sebagai satu suis.
  • Kelajuan lebih baik dan lebih kecil-melaksanakan satu pengendalian dalam mikrosaat (juta sesaat) dan menyimpan puluhan ribu aksara.
  • Boleh dipercayai, padat saiz dan bebas daripada masalah haba.
  • Aturcara-bahasa mesin dan bahasa bersimbol.
-generasi ke-3 :
  • Litar bersepadu yang amat kecil dan lebih baik.
  • Peranti I/o dapat berkomunikasi dalam jarak jauh melalui talian telefon/komunikasi.
  • imbasan secara terus boleh dilakukan,paparan ala televisyen, mainkan muzik dan input suara yang terhad dengan tindak balas.
  • Keupayaan storan lebih baik - memproses banyak aturcara dalam nanosaat (seribu juta sesaat) dan secara serentak.
  • Bahasa paras tinggi.
-generasi ke-4 :
  • Keupayaan lebih baik.
  • Storan maya.
  • CD-ROM.
-generasi ke-5 :
  • tidak sama dengan generasi sebelum ini.
  • Keupayaan yang terbaik :
-saiz yang lebih kecil.
-saiz ingatan meningkat.
-kelajuan yang pantas.
-membuat penaakulan,pengiraan kompleks dan lain-lain.
-'Mesin bertutur'-robotik,sistem pakar dan lain-lain.

Thursday, September 23, 2010

BAB (1)-DEFINISI TEKNOLOGI DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA....


Definisi Teknologi

-Teknologi mengikut Finn (1960), Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988)
  • teknologi sebagai proses :Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal.
  • suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
  • teknologi sebagai produk atau bahan. Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, perisian adalah hasil teknologi.
-Menurut Saettler (1990)
  • teknologi bukan bererti penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.
TEKNOLOGI PENDIDIKAN ialah gabungan manusia, peralatan,teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.

-Teknologi Pendidikan menurut Crowell, 1971:
  • Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran.
TEKNOLOGI PENGAJARAN
  • Seels dan Richey, 1994, hlm 1 : 'Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning'.
  • Pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran.
CIRI-CIRI DAN JENIS TEKNOLOGI PENDIDIKAN YANG BAIK :
  1. Alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran.
  2. Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
  3. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
  4. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
  5. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.
KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM P & P :
  • Melicinkan P & P, fokus isi-isi penting kepada topik yang disampaikan.
  • Jimat masa, tenaga, wang.
  • Mengelakkan rasa bosan pelajar, kekal minat,menghiburkan pelajar.
  • Mengelakkan tidak faham/salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,mendengar dan menyentuh.
  • Membetulkan kekeliruan/salah tafsir kerana memberi gambaran menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
  • Melibatkan pelbagai deria. Penglibatan deria meningkatkan daya ingatan pelajar.
  • Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar.
  • Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran maksimum dengan penggunaan masa minimum.
  • Memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh media bergerak memperkayakan pengalaman murid.
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN :
  • Sebagai alat bantu mengajar. Membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
  • Digunakan untuk pengajaran bukan hiburan.
  • Penggunaan mesti dirancang dalam tiga peringkat :
  1. Sebelum kegunaan - rancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
  2. Semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
  3. Selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
  • Dipilih berdasarkan kesesuaian topik, objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal darjah.
  • Digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran sama ada pengenalan topik, penerangan konsep, kesimpulan topik pelajaran atau penilaian kefahaman terhadap topik.
  • Digunakan mengikut masa yang sesuai -masa yang dapat merangsang pembelajaran.
  • Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
  • Selepas digunakan tanggalkan supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
  • Setelah tamat pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
  • RUJUKAN :
-http://www.educ.upm.my/-rj/5.html

-http://www.slideshare.net/artventure/teknologi-pendidikan-teknologi-pendidikan1





Monday, September 20, 2010

PPEA 1107-BASIC INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY


-http://en.wikipedia.org/wiki/Instructional_technology

In education,instructional technology is "the theory and practice of design,development,utilization,management and evaluation of processes and resources for learning".-according to the Association for Educational Communications and Technology(AECT) Definition and Terminology Committee.
-Educational technology includes other systems used in the process of developing human capability.