Tuesday, October 12, 2010

Jenis-jenis Penilaian



-Guru menetapkan matlamat dan objektif penilaian
-Penilaian menentukan keberkesanan pengajaran guru
  1. Penilaian formatif -memberi maklumat tentang kemajuan sesuatu proses pengajaran. Menilai semula dan memperbaiki pengajaran guru. Dijalankan sepanjang pengajaran. Secara tidak rasmi, memerhatikan cara murid menjawab soalan.
  2. Penilaian sumatif -mengukur murid selepas tamat sesuatu program. Menentukan tahap pencapaian murid, markah dan gred daripada tugasan murid.
  3. Penilaian penempatan/kesediaan -menguji bolehan murid sebelum mengikuti sesuatu pelajaran. Menempatkan murid mengikut keupayaan/pencapaian mereka.
  4. Penilaian rujukan kriteria -ujian berdasarkan objektif dan kandungan kursus dan peringkat pencapaian yang diharapkan kebanyakan murid harus mencapainya. Membuat perbandingan pencapaian murid dengan standard yang ditetapkan. Tidak membanding dengan murid lain dalam keputusan dan kedudukan murid.
  5. Penilaian rujukan norma -memasukkan soalan yang senang dan sukar. Membandingkan keputusan murid dengan murid lain.
Tujuan penilaian :
  • Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid -menentukan tahap pemahaman murid. Mengenal pasti kelemahan murid dan mengambil langkah mengatasi.
  • Meningkatkan keberkesanan program -melaksanakan penilaian formatif dan penilaian sumatif. Hasil penilaian memperbaiki program.
  • Mengukur keberkesanan pengajaran -penilaian membantu guru menilai keberkesanan pengajaran.
  • Memperoleh data untuk tindakan -hasil penilaian untuk memberi biasiswa, menempatkan murid.
  • Maklumbalas untuk pelajar dan ibu bapa tentang pencapaian murid -tahap pencapaian murid diberi gred A, B, C atau D.
  • Memberi motivasi kepada murid -keputusan murid menggalakkan murid berusaha mencapai keputusan yang lebih baik.
Bentuk ujian bertulis :
  1. Soalan objektif
  2. Soalan subjektif
Soalan Objektif :
-murid memililih dua atau lebih jawapan yang betul.
-tiga jenis ujian objektif, iaitu :
  1. Aneka pilihan
  2. Soalan betul/salah
  3. Soalan padanan
-Soalan aneka pilihan : pokok soalan dan pilihan jawapan. Jawapan yang betul dan jawapan yang salah.
-Soalan betul/salah : murid menentukan sama ada pernyataan betul atau salah.
-Pemadanan : menguji keupayaan murid memadankan item. Item yang banyak mengelirukan murid.

Soalan subjektif :
-Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu -
  1. soalan jawapan ringkas - menggunakan satu/beberapa patah perkataan, menggunakan ayat ringkas.
  2. soalan esei - menilai tahap kognitif murid. Kebolehan murid menjelaskan sesuatu idea.
-Kelebihan soalan esei :
  • mudah dibina.
  • menilai tahap kognitif yang tinggi.
  • mengetahui pemahaman murid.
  • murid menulis pendapat mereka.
-Kelemahan soalan esei :
  • jawapan yang menyeleweng.
  • waktu menulis esei berbeza.
  • pemeriksaan kurang tepat.
  • tidak mengukur pengetahuan berbentuk fakta secara tepat.
  • pemeriksa tidak gemar membaca tulisan buruk.
-Soalan penyelesaian masalah :
  • mudah membina, sukar diperiksa.
  • menilai tahap kognitif tinggi.
  • sukar memeriksa dan memberi markah.
  • terdapat lebih daripada satu jawapan.

No comments:

Post a Comment