IVAN PAVLOV -Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)merupakan seorang ahli fisiologi Rusia.
Beliau telah menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme.Kajiannya adalah mengenai 'hukum perkaitan' Law of Association yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle.
Eksperimen Menunjukkan Pelaziman Klasik
Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G).Beliau telah menjalankan kajian ke atas anjing.Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan,air liur haiwan itu keluar.Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak.Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan.
Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
Semasa Pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)
Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>> GT (keluar air liur)
Kunci:
RTT = Rangsangan tak terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gwrak balas tak terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak balas tak terlazim (Conditioned Response)Kesimpulan daripada kajian Pavlov :
1) Penguasaan (Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.
2) Generalisasi (Generalisation)
Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).
3) Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov juga mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Keadaan ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain.
4) Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.
No comments:
Post a Comment