
Definisi Teknologi
-Teknologi mengikut Finn (1960), Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988)
- teknologi sebagai proses :Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal.
- suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
- teknologi sebagai produk atau bahan. Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, perisian adalah hasil teknologi.
- teknologi bukan bererti penggunaan mesin tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.
-Teknologi Pendidikan menurut Crowell, 1971:
- Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran
.
- Seels dan Richey, 1994, hlm 1 : 'Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning'.
- Pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan pembelajaran.
- Alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran.
- Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
- Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
- Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
- Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.
- Melicinkan P & P, fokus isi-isi penting kepada topik yang disampaikan.
- Jimat masa, tenaga, wang.
- Mengelakkan rasa bosan pelajar, kekal minat,menghiburkan pelajar.
- Mengelakkan tidak faham/salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,mendengar dan menyentuh.
- Membetulkan kekeliruan/salah tafsir kerana memberi gambaran menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
- Melibatkan pelbagai deria. Penglibatan deria meningkatkan daya ingatan pelajar.
- Memberi kelainan dan kepelbagaian kaedah mengajar.
- Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran maksimum dengan penggunaan masa minimum.
- Memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh media bergerak memperkayakan pengalaman murid.
- Sebagai alat bantu mengajar. Membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
- Digunakan untuk pengajaran bukan hiburan.
- Penggunaan mesti dirancang dalam tiga peringkat :
- Sebelum kegunaan - rancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
- Semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
- Selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
- Dipilih berdasarkan kesesuaian topik, objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal darjah.
- Digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran sama ada pengenalan topik, penerangan konsep, kesimpulan topik pelajaran atau penilaian kefahaman terhadap topik.
- Digunakan mengikut masa yang sesuai -masa yang dapat merangsang pembelajaran.
- Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
- Selepas digunakan tanggalkan supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
- Setelah tamat pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
- RUJUKAN :
-http://www.slideshare.net/artventure/teknologi-pendidikan-teknologi-pendidikan1
No comments:
Post a Comment